Pages

Jumaat, Mac 23, 2012

Sabar, Yakin, dan Percaya!!! Kita Ada Allah!!!




Aku menulis ini untuk diriku juga.

Anda di sana, percayalah! Hidup ini tiada kebetulan. Tiada nasib baik. Tiada “kalau dulu aku buat macam ni, mesti macam tu jadinya”. Tidak, tidak. Kita ini, orang Islam, akidahnya bukan sebegitu.

Kerana kita yakin.

Segala-galanya di ‘tangan’ Allah.

Setiap detik masa yang berlalu, yang sedang berlaku, yang akan berlaku, segala-galanya dalam ketentuan Allah.

Jika Allah inginkan begini, maka beginilah jadinya.

Jika Allah mahukan begitu, maka begitulah jadinya.

Tiada tangan yang mampu menghalang, jika Allah ingin memberi nikmat kepada seseorang.

Dan begitu juga,

Tiada tangan yang mampu menghulur, jika Allah ingin menarik nikmat dari seseorang.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa, hidup ini tidak cukup.

Kalau aku dapat yang tu, baru ok sikit. Kalau aku dapat yang ni, baru senang sikit.

Aku rasa, ini yang terbaik untuk aku. Kalau aku mampu memiliki yang ini, hidup aku akan lebih bermakna.

Ya, itu perancangan manusia. Tiada salahnya kita merancang.

Malah, Allah tak akan pernah mengubah nasib seseorang itu, sehinggalah dia berusaha, dan merancang untuk mengubah nasibnya.

Akan tetapi ingatlah, bahawa pada penghujungnya, perancangan Allah jualah yang terbaik.

Allah lebih, dan paling tahu, apa yang terbaik untuk diri kita.

Siapa tahu, bahawa apa yang kita rancangkan itu, boleh membawa kita kepada kemurkaan-Nya?

Maka digantikan perancangan kita itu dengan perancangan-Nya.

Subhanallah!

Siapa yang tidak mahu berada di bawah perancangan Allah?

Siapa yang tidak mahu dirinya diambil berat dan disayangi Allah?

Siapa yang tidak mahu hidupnya ini, keseluruhannya berada di bawah keredhaan Allah?

Maka pada ketika itu, percayalah!

Bahawa kita-kita ini, adalah sebahagian dari perancangan Allah.

Hikmah dan rahsia ujian itu, darjatnya lebih tinggi dan mulia, dari penyesalan dan kekecewaan yang dirasakan.

Maka yakinlah, dan carilah!

Hikmah Allah, di sebalik segala-galanya yang kau kecapi,

Dan juga, yang kau tempuhi,

Sekarang.




1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...