Pages

Jumaat, Mac 23, 2012

Sabar, Yakin, dan Percaya!!! Kita Ada Allah!!!




Aku menulis ini untuk diriku juga.

Anda di sana, percayalah! Hidup ini tiada kebetulan. Tiada nasib baik. Tiada “kalau dulu aku buat macam ni, mesti macam tu jadinya”. Tidak, tidak. Kita ini, orang Islam, akidahnya bukan sebegitu.

Kerana kita yakin.

Segala-galanya di ‘tangan’ Allah.

Setiap detik masa yang berlalu, yang sedang berlaku, yang akan berlaku, segala-galanya dalam ketentuan Allah.

Jika Allah inginkan begini, maka beginilah jadinya.

Jika Allah mahukan begitu, maka begitulah jadinya.

Tiada tangan yang mampu menghalang, jika Allah ingin memberi nikmat kepada seseorang.

Dan begitu juga,

Tiada tangan yang mampu menghulur, jika Allah ingin menarik nikmat dari seseorang.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa, hidup ini tidak cukup.

Kalau aku dapat yang tu, baru ok sikit. Kalau aku dapat yang ni, baru senang sikit.

Aku rasa, ini yang terbaik untuk aku. Kalau aku mampu memiliki yang ini, hidup aku akan lebih bermakna.

Ya, itu perancangan manusia. Tiada salahnya kita merancang.

Malah, Allah tak akan pernah mengubah nasib seseorang itu, sehinggalah dia berusaha, dan merancang untuk mengubah nasibnya.

Akan tetapi ingatlah, bahawa pada penghujungnya, perancangan Allah jualah yang terbaik.

Allah lebih, dan paling tahu, apa yang terbaik untuk diri kita.

Siapa tahu, bahawa apa yang kita rancangkan itu, boleh membawa kita kepada kemurkaan-Nya?

Maka digantikan perancangan kita itu dengan perancangan-Nya.

Subhanallah!

Siapa yang tidak mahu berada di bawah perancangan Allah?

Siapa yang tidak mahu dirinya diambil berat dan disayangi Allah?

Siapa yang tidak mahu hidupnya ini, keseluruhannya berada di bawah keredhaan Allah?

Maka pada ketika itu, percayalah!

Bahawa kita-kita ini, adalah sebahagian dari perancangan Allah.

Hikmah dan rahsia ujian itu, darjatnya lebih tinggi dan mulia, dari penyesalan dan kekecewaan yang dirasakan.

Maka yakinlah, dan carilah!

Hikmah Allah, di sebalik segala-galanya yang kau kecapi,

Dan juga, yang kau tempuhi,

Sekarang.




Selasa, Mac 13, 2012

Kejantanan Laki-laki Senang Tergugat, Tahu?


Bismillah.

“apa hukumnya seorang perempuan itu meletakkan gambar yang hanya menampakkan wajahnya, dan aurat perempuan itu semuanya ditutup, malah siap dengan tudung labuhnya lagi?”

Jawapan: (pada pendapat saya) tiada masalah. Proceed! Anda ada hak anda. Selagi semuanya menutup aurat, ianya boleh.

Tapi kan, jangan terus melulu mengambil keputusan tanpa merujuk kepada hadis-hadis yang shahih. Kerana, nabi pun dah pesan, selagi mana kita berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah, inshaAllah selama-lamanya kita tak sesat.

Anda pernah dengar, baca, atau ternampak buku Hadith 40 susunan Imam Nawawi? Sila rujuk hadis yang first sekali.

Ianya pasal niat kan? Barang diingat, Imam Nawawi bukan calang-calang orang. Bukan saja-saja beliau nak susun hadith 40 tu. Setiap hadith, disusun dengan mengikut prioriti dan keutamaan masing-masing. Dan mengapa Imam Nawawi letak hadith niat sebagai hadith yang pertama dalam susunannya?

Of coz la, kerana apa-apa pun yang kita buat dalam seharian hidup kita, bergantung pada niat masing-masing. Maybe dalam ibadah, tiada masalah untuk niat. Tapi untuk apa kita mandi? Buat apa pegi kelas? Kenapa perlu beriadah? Wajib ke makan? Itu semua, juga perlukan niat, supaya segala tindakan kita, menjadi ibadah yang diterima Allah, bukan sekadar adat semata-mata.

Kembali kepada musykilah tadi, recheck balik, apa niat anda nak letak muka anda yang so pretty, putih dan gebu itu. Niat boleh jadi macam-macam. Boleh jadi baik or tak baik. Bole jadi supaya orang boleh tengok muka saya dan kata: “oh, so kiyyut!!!” atau mungkin juga supaya orang senang nak kenal kita walaupun nama account fb kita ‘ITIK BERDURI’, ‘GALAH PANJANG’, ‘MAMA GERSANG or what-so-ever. Tengok gambar je, da bole kenal.

So, tengok dan sedarkan balik, apa sebenarnya niat anda. Jika niat anda baik, teruskan. Jika tak, tajdidlah! Ubah niat anda itu.

Tapi, kadang-kadang, even niat dah bagus pun, still ada something wrong yang akan happen. Kerana kadang-kadang, ada manusia yang imannya sedikit lemah dan senang nak goyah. Mereka-mereka ini, just sekadar tengok muka, even tak nampak aurat pun, boleh naik nafsunya. Tengok muka perempuan yang siap bertudung labuh pun da terketar-ketar, apatah lagi korang-korang yang tudung tak cukup benang n yang x pakai tudung langsung tuh. Cair beb!!!

Anda kata, bukan niat anda nak jadikan gambar anda tu sebagai tatapan di malam hari pukul doblas untuk mereka, tapi percayalah, anda juga bakal menerima saham hasil daripada gambar yang anda letakkan itu. Ya, ini memang di luar kemampuan kita. We did not plan to do this, but still, it did happened.

Ingatlah, nafsu kaum Adam nih, hanya dengan penglihatan je, boleh dirangsang. Sebab itu tak hairanlah mengapa industri kepornoan mendapat sambutan yang hebat dan cukup hot.

Satu lagi, kadang-kadang, kita perlu berfikir lebih jauh ke hadapan. Anda mahu berkahwin, kan? Dan anda kalau boleh cukup teringin nak bersuami or berbinikan pasangan yang sangat suci dan sangat terjaga kedaraan or keterunaannya kan? Pergh ayat. Peluh.

Maka, sangat tak bestlah jika pasangan yang ingin kita kahwini itu, pernah ditatap wajahnya oleh seseorang yang dia sendiri pun tak pernah kenal. Biarlah kecantikan dan keayuan anda itu, khas, special, dan hanya dipamerkan kepada suami anda sahaja. Kerana, hanya dia sahaja yang berhak melihat dan menikmati perhiasan diri anda. Pergh ayat. Peluh lagi.

So kawan-kawan, hangpa pikiaqlah sendiri. This is just my own, humble opinion. You can accept it, but plis don’t lose it. Kerana dalam Islam, kita berbangga dengan perbezaan pendapat, kerana itu menunjukkan Islam agama yang cukup kaya dan fleksibel. Tak yakin dengan pendapat ni, peganglah dengan pendapat tuh. Yang penting, anda betul-betul yakin, bahawa pendapat yang anda pegang itu, segala-galanya di dalam keredhaan Allah.

Wallahua’lam.

p/s: rasanya lelaki, no hal pun nak letak gambar. Tapi, tutup aurat la. Syahwat perempuan rasanya tak naik kot kalau tengok muka laki-laki. Lagi-lagi yang x bape nak hensem n berbulu tuh. Haha.

Saya hensem, and I know it!

Khamis, Februari 23, 2012

Ada Allah, Ada Segalanya

Bismillah.

Sudah seminggu lebih saya berada di AIMST University. (Asian Institute of Medical, Science and Technology). Sejujurnya, ini bukanlah keinginan saya. Saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Biomedical Science di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Namun, ayah saya terlalu ingin dan sangat berharap supaya saya meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor.

Mulanya memang keberatan, tapi mengenangkan keterujaan dan betapa bersungguh-sungguhnya ayah mahu melihat saya bergelar doktor, ditambah lagi dengan desakan sebahagian kecil hati saya yang masih ingin meneruskan cita-cita ini, maka saya gagahkan juga. Dan Alhamdulillah, jalan ini dipermudahkan Allah.

Namun, di mana-mana pun Allah campakkan kita, pasti ada ujianNya yang tersendiri.

Di sini, majoriti pelajar, pensyarah, professor, pentadbir, warden, dan even maintenance, kebanyakannya berketurunan India dan Cina. Jarang nak jumpa orang Melayu. Begitu juga dengan Muslim. Boleh dikatakan, 95% non muslim, 5% muslim. Dan saya, satu-satunya pelajar Melayu Muslim di dalam batch saya.

Di sini langsung tidak wujud suasana bi’ah solehah yang selalu dirasakan di mana-mana. Tiada persatuan yang mengumpulkan pelajar Islam. Macam mana nak kumpul, bilangan Muslim di sini sangat sedikit. Dan prosudernya, barangkali lebih rumit, kerana perlu berdepan dengan pentadbir yang non muslim.

Sejujurnya saya agak kekok dengan situasi seperti ini. Terasa seperti berada di India. Memandangkan saya baru masuk dan masih junior, cukup payah kalau nak panggil senior-senior muslim untuk berkumpul dan borak-borak sekali. Dan sampai sekarang, saya masih belum berjumpa dan tidak pasti, berapakah bilangan senior yang muslim. Nak bertegur-sapa pun, tak tau kat mana boleh berjumpa.

Surau memang ada, tapi masih tiada di dalam hati senior-senior barangkali. Setiap kali saya pergi mengerjakan solat di surau, pasti kosong. Takde orang. Cuma kadang-kadang, ada seorang pak cik warden, Pak Cik Ramli namanya, yang akan berjemaah dengan saya pada waktu isya’. Sepatutnya, surau dijadikan tempat untuk para muslim bertemu, bergaul mesra dan bertanya khabar, di samping beribadah. Supaya kita tak berasa keseorangan pabila berada di kawasan non muslim. Tapi, mungkin senior-senior sibuk barangkali. Saya totally husnuzhon dengan mereka.

Cuma, kadang-kadang saya berasa keseorangan. Seriously.

Dalam kelas, tiada masalah untuk bergaul dan berkomunikasi dengan non muslim. Kerana di KTT dulu, situasinya juga sama. Malah seboleh-bolehnya, saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada mereka, kerana pada pandangan saya, mereka masih kurang jelas dan maybe tak tau langsung, apa itu Islam.

Yang mereka tahu, muslim got 5 fixed prayer time everyday. Dan satu lagi, solat Jumaat. Doakan supaya mudah untuk saya menunjukkan contoh-contoh akhlak Islamiyah yang baik, supaya ada hati-hati yang mahu menerima Islam. inshaAllah.

Hari demi hari, saya semakin selesa dengan suasana hidup sebegini. Hanya kepada Allah tempat mengadu segala-galanya. Berada jauh dari zon selesa umat Islam, memang banyak mengajar saya untuk mujahadah. Tiada siapa nak perhatikan. Tiada siapa nak judge. Hanya antara kita dengan Allah.

Di sini, saya berasa lebih rapat dengan Allah. Pergi ke surau memang terasa seolah-olah menuju menghadap Allah, kerana tiada siapa boleh dijadikan teman borak kan? Maka Allah lah tempat saya mengadu dan berkongsi masalah.

Dan hari demi hari juga, satu per satu hikmah dari ujian ini, Allah tunjukkan.

Sekarang, saya lebih rapat dengan mak dan ayah. Mak sangat gembira. Kata mak, sejak saya Form 1. Tiada siapa lagi tinggal di rumah, kecuali mak dan ayah. Dan pada waktu siang, ayah perlu bekerja. Maka tinggallah mak seorang diri di rumah. Mak selalu mengadu kepada Allah, kerana kecik-kecik lagi, kami semua dah tak melekat di rumah. Masing-masing ke sekolah berasrama penuh. Saya pula, jarang balik ke rumah. Kalau balik pun, time cuti. Alhamdulillah, Allah mahu pujuk dan riangkan hati mak, dengan menghantar saya belajar di tempat yang dekat dengan rumah. At least seminggu sekali, mak dan ayah boleh datang melawat saya, melepaskan kerinduan mereka. Dan saya pun kalau terasa nak balik merasa masakan mak, senang saja. Cuma 45 minit.

Di sini juga, banyak kelemahan dan kelalaian yang dapat saya baiki. Mungkin Allah nak suruh saya reflect balik, ada something wrong dengan hidup saya selama ini. Di sini, Allah mahu saya cari di mana kesalahan2 itu, dan tinggalkannya. Alhamdulillah, rupanya memang banyak yang salah, yang tidak saya sedari time di KTT dulu.

Dan yang paling penting sekali, mungkin ada suatu proses dakwah yang perlu saya lakukan di sini. Mungkin Allah mahu saya belajar sumthing. Mungkin Allah mahu saya lakukan sumthing, dan mungkin juga Allah mahu saya perbaiki sumthing yang tak kena pada jalan dakwah ini. Semuanya dalam perancangan Allah.

Di sini, saya sentiasa sabar, dan cuba bersabar dengan lebih hebat lagi, kerana saya yakin dengan ayat cinta Allah:

“apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata lagi yang manakah orang-orang yang sabar.” (3:142)

Doakan semoga Allah terus-menerus mengurniakan kekuatan jasmani dan rohani supaya saya terus tabah, cekal dan thabat di atas jalan ini.

Saya yakin dengan ketentuan Allah dalam mengatur corak hidup saya.

Anda pula, bagaimana? (^_^)

23 Februari 2012. AIMST University.

Isnin, Februari 20, 2012

Saya Masih, dan Akan Terus Bernafas. Kerana Allah, Demi Tarbiyah

[kredit]

kata Hamka,

“yang ada ini sudah harapan kita. Tapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.”

Yang lepas, biarkan lepas. Kerana yang ada di hadapan lebih perlu untuk difikirkan.

Tidak lojik dan tidak kena dengan aturan alam, jika dikatakan segala keperitan yang dilalui dalam hidup ini semuanya tiada hikmah dan sia-sia, kerana alam dan seluruh isinya termasuk manusia, ditadbir dan dikawal Allah, dan akan sentiasa diperhatikan ke mana hala tujunya.

Jika jalan yang dituju itu terbaik untuk dirinya, maka go on, Allah akan permudahkan.

Namun jika yang dituju itu bukan yang terbaik, walaupun ianya nampak sempurna pada pandangan manusia, hakikatnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Kata akak Fatin Izzati,

“disembunyikan sesuatu nikmat untuk diberi nikmat yang terbaik”

Maka insan, jangan mudah lupa. Dunia bukan segala-galanya. Namun tidak salah jika ingin mengejar dunia, kerana ingin berguna kepada ummah dan manusia.

Allah lebih mengetahui setakat mana kekuatan kita. Setakat mana iman kita. Setakat mana kita mampu untuk menerima ujian yang berat-berat dan hebat-hebat. Nah, ujian-ujian ini hakikatnya tidaklah seberat mana, kerana ramai lagi insan yang derita di luar sana.

Maka insan, percayalah!

Derita yang kau alami tidak akan pernah sia-sia. Pasti ada sesuatu yang haq dan benar yang mahu Allah tunjukkan. Cari, hayati, dan korek ibrah darinya, kerana sekali Allah menduga, bukan bermakna Allah tidak suka, tetapi ingin menguji cinta hamba-Nya.

Wallahua’lam.

p/s: currently in AIMST University. Student in Foundation In Science. Thanks Allah, aku rasa aku dah tau kat mana silapnya. Sekarang cintaku hanya untukMu.

20 Februari 2012. AIMST University

Sabtu, Januari 14, 2012

Pabila Hati Gelisah Mahu Berusrah. Usrah Online? Pun Bole...

Bismillah.

Sudah hampir sebulan setengah hati saya gersang.

“hatiku gelisah mahu berusrah,” bak kata akhi Ashman :D

Sudah menjadi fitrah, hati ini paling kurang seminggu sekali, akan dikurniakan Allah nikmat yang cukup besar, yang hanya diberikan kepada hambaNya yang benar-benar terpilih.

Hati ini akan diikat bersama hati-hati yang lain,

Berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaNya.

Bertemu untuk taat kepadaNya,

Bersatu di atas jalanNya,

Dan berjanji setia untuk membela syariatNya.

Hati-hati ini akan sentiasa meminta,

Supaya diperkuatkan ikatan pertaliannya.

Diabadikan kasih sayang,

Ditunjukkan jalan,

Dan dipenuhi dengan cahayaNya yang tak kunjung malap.

Hati-hati ini juga tidak pernah jemu meminta,

Supaya dilapangkan dada ini dgn limpahan iman,

Dan keindahan tawakkal kepadaNya.

Supaya dihidupkan dengan ma’rifatNya,

Juga dimatikan dalam keadaan syahid di jalanNya...

Ameen ya Rabbal ’Alameen.

Oh aku sangat merindui saat keemasan seminggu sekali itu. Bulatan gembira yang benar-benar nostalgik. Sekarang ni nak je rasanya naik bas, pegi rumah murobbiku dan berkampung di sana. Boleh la jumpa muka tiap-tiap hari.

Time cuti memang la ada usrah online, tapi sangat banyak dugaannya. 3 kali usrah saya terpaksa skip kerana ketiadaan internet di rumah. Kat Pendang pulak, mana ada jual broadband.

Minggu keempat, barulah berhasil saya memberi broadband setelah mendapat lesen L dan mencilok motor ayah lantas memecut ke Kota Sarang Semut. Pagi tu beli, petang tu jugak dapat saya berusrah online buat kali pertama.

Skype pulak, haiyooo... cakap x berapa nak jelas, connection terputus-putus, muka pun x nampak. Oh... baru sekarang sedar, betapa berharganya bila dapat duduk berusrah bersama, bersua muka face-to-face. Tapi, nak buat camne kan? Usrah online? Pun bole... :D

Jeles tengok ikhwah-ikhwah MICET, KMS dan KMB yang takde cuti. Kalau ade pun, kejap je. Takde la can nak hanyut digoda kefuturan kat rumah ni. Antum semua patut bersyukur, tahu?

Terasa sangat saya ketinggalan dengan antum semua. Mukhayyam kat Tanjung Tuan tu, tak dapat nak join.(jeles tengok gambo2 tu. Huh.) Daurah adik-adik pulak, tak dapat nak tolong organise sekali. Aasif, mintak maaf banyak-banyak. Saya doakan segala-galanya berjalan lancar, seperti yang antum semua rancang. inshaAllah. :D

Buat Na’im, Ammar, Azam, Kaya, Syahmi, Afiq Khalid, Ajis, Hanafi, Fahmi, Bad, Hisham, Nidzar, Izzat, Wan Afiq, Awang, Muiz, Hammad, Kamal, Arif, Ashman, Mubarak dan ikhwah-ikhwah yang lain,(sori kalau xde nama. Ni je yang ana ingat time tangah tulis ni. Hehe. XD) jazakumullahukhairankathiran.

Andalah yang terbaik! Tengah seronok berusrah tu, ingat sekali orang yang terpaksa berusrah online ni. Doakan next daurah, ana dan Hasif, kita semua dapat sama-sama berkumpul, menghangatkan ukhuwwah, dan merancakkan lagi dakwah dan tarbiyyah. inshaAllah.

Hidup Baitunnur!!! Eh. XD

Ukhuwah Teras Kegemilangan. :D

14 Januari 2012. Pendang.


Jumaat, Januari 13, 2012

Berdoalah Untuk Yang Terbaik!!!


Bismillah.

Ini blog terbaru saya. Rasanya gaya penulisansebegini lebih sesuai buat saya. InshaAllah. :D

Kira-kira 10 hari dari sekarang, penantian senior-seniorKTT akan berakhir. Keputusan Peperiksaan A-Level Cambridge Oct/Nov 2011 bakaldiumumkan.

Oh, sapakah yang tidak cuak? Masing-masing pastiberdebar buku lali menanti keputusan yang entah ok, entah tidak.

Usaha dan penat lelah tanpa jemu yangdikeringatkan semasa musim peperiksaan dahulu bakal diketahui hasilnya. Sedikitdemi sedikit, angan-angan indah mula bermain di fikiran. Tidak kurang jugadengan mimpi-mimpi ceria yang memberi ilham dan petanda, apakah keputusan yangbakal diterima. Ada bukan? Hehe. XD

Doa, solat hajat, tawakkal dan segala-galanyapasti berada di puncak yang paling optimum ketika ini. Hanya kepada Allahtempat disandarkan segala-galanya. Namun, jangan hanya ketika saat-saat gentingsebegini saja ibadah anda dilipatgandakan. Itu nampak sangat menyembah exam,bukan menyembah Allah. Alangkah sangat elok dan moleknya jika kita kekalistiqomah dan meningkatkan mutu ibadah sedikit demi sedikit, itu yang terbaikinshaAllah.

Kepada teman-teman mantapku di KTT- Izzat, Azfar,Meor, Affiq, Faizan, Amirul, Nadzrin, Najmi, Shafiq, Shahir, Hazrul, Muhsan,Hasif, Ashraf, Harith, Mior,Muadz dan Muhyiddin, all the best untuk anda.

Jangan sekadar berdoa untuk lepas exam ni dandapat 12 point ke atas, tapi doakan juga supaya Allah berikan kita keputusanyang terbaik, yang cukup banyak hikmahnya dalam kehidupan kita.

Kerana Allah sebaik-baik perancang dan Dia jugalahpenentu segala-galanya. Dia tahu apakah jalan yang terbaik dalam kehidupankita. Jika yang terbaik untuk kita adalah lulus dan dapat fly ke India, makaitu yang akan kita terima. Namun jika yang terbaik untuk kita adalah gagal dantidak dapat fly ke India, maka itu pula yang terpaksa kita hadapi.

Gagal sekarang, tak bermakna gagal selama-lamanyadunia dan akhirat. Percaya dan yakinlah, bahawa di mana-mana pun tempat kitaberpijak di muka bumi ini, Allah pasti akan tunjuk dan membentangkan jalan-Nyakepada kita. He absolutely knows, what’s the best for us.

Jangan bersedih, jangan terlalu gembira, danjangan lupa akan Allah. Terima keputusan yang bakal diketahui dengan hatiterbuka, dan sentiasalah berlapang dada.

InshaAllah, saya sentiasa doakan yangterbaik untuk kita semua di dunia dan akhirat. :D

p/s: nanti 23hb tu kena call sapa ea? Lecturerclass masing2 ka?

13 Januari 2012. Pendang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...