Pages

Khamis, Februari 23, 2012

Ada Allah, Ada Segalanya

Bismillah.

Sudah seminggu lebih saya berada di AIMST University. (Asian Institute of Medical, Science and Technology). Sejujurnya, ini bukanlah keinginan saya. Saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Biomedical Science di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Namun, ayah saya terlalu ingin dan sangat berharap supaya saya meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor.

Mulanya memang keberatan, tapi mengenangkan keterujaan dan betapa bersungguh-sungguhnya ayah mahu melihat saya bergelar doktor, ditambah lagi dengan desakan sebahagian kecil hati saya yang masih ingin meneruskan cita-cita ini, maka saya gagahkan juga. Dan Alhamdulillah, jalan ini dipermudahkan Allah.

Namun, di mana-mana pun Allah campakkan kita, pasti ada ujianNya yang tersendiri.

Di sini, majoriti pelajar, pensyarah, professor, pentadbir, warden, dan even maintenance, kebanyakannya berketurunan India dan Cina. Jarang nak jumpa orang Melayu. Begitu juga dengan Muslim. Boleh dikatakan, 95% non muslim, 5% muslim. Dan saya, satu-satunya pelajar Melayu Muslim di dalam batch saya.

Di sini langsung tidak wujud suasana bi’ah solehah yang selalu dirasakan di mana-mana. Tiada persatuan yang mengumpulkan pelajar Islam. Macam mana nak kumpul, bilangan Muslim di sini sangat sedikit. Dan prosudernya, barangkali lebih rumit, kerana perlu berdepan dengan pentadbir yang non muslim.

Sejujurnya saya agak kekok dengan situasi seperti ini. Terasa seperti berada di India. Memandangkan saya baru masuk dan masih junior, cukup payah kalau nak panggil senior-senior muslim untuk berkumpul dan borak-borak sekali. Dan sampai sekarang, saya masih belum berjumpa dan tidak pasti, berapakah bilangan senior yang muslim. Nak bertegur-sapa pun, tak tau kat mana boleh berjumpa.

Surau memang ada, tapi masih tiada di dalam hati senior-senior barangkali. Setiap kali saya pergi mengerjakan solat di surau, pasti kosong. Takde orang. Cuma kadang-kadang, ada seorang pak cik warden, Pak Cik Ramli namanya, yang akan berjemaah dengan saya pada waktu isya’. Sepatutnya, surau dijadikan tempat untuk para muslim bertemu, bergaul mesra dan bertanya khabar, di samping beribadah. Supaya kita tak berasa keseorangan pabila berada di kawasan non muslim. Tapi, mungkin senior-senior sibuk barangkali. Saya totally husnuzhon dengan mereka.

Cuma, kadang-kadang saya berasa keseorangan. Seriously.

Dalam kelas, tiada masalah untuk bergaul dan berkomunikasi dengan non muslim. Kerana di KTT dulu, situasinya juga sama. Malah seboleh-bolehnya, saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada mereka, kerana pada pandangan saya, mereka masih kurang jelas dan maybe tak tau langsung, apa itu Islam.

Yang mereka tahu, muslim got 5 fixed prayer time everyday. Dan satu lagi, solat Jumaat. Doakan supaya mudah untuk saya menunjukkan contoh-contoh akhlak Islamiyah yang baik, supaya ada hati-hati yang mahu menerima Islam. inshaAllah.

Hari demi hari, saya semakin selesa dengan suasana hidup sebegini. Hanya kepada Allah tempat mengadu segala-galanya. Berada jauh dari zon selesa umat Islam, memang banyak mengajar saya untuk mujahadah. Tiada siapa nak perhatikan. Tiada siapa nak judge. Hanya antara kita dengan Allah.

Di sini, saya berasa lebih rapat dengan Allah. Pergi ke surau memang terasa seolah-olah menuju menghadap Allah, kerana tiada siapa boleh dijadikan teman borak kan? Maka Allah lah tempat saya mengadu dan berkongsi masalah.

Dan hari demi hari juga, satu per satu hikmah dari ujian ini, Allah tunjukkan.

Sekarang, saya lebih rapat dengan mak dan ayah. Mak sangat gembira. Kata mak, sejak saya Form 1. Tiada siapa lagi tinggal di rumah, kecuali mak dan ayah. Dan pada waktu siang, ayah perlu bekerja. Maka tinggallah mak seorang diri di rumah. Mak selalu mengadu kepada Allah, kerana kecik-kecik lagi, kami semua dah tak melekat di rumah. Masing-masing ke sekolah berasrama penuh. Saya pula, jarang balik ke rumah. Kalau balik pun, time cuti. Alhamdulillah, Allah mahu pujuk dan riangkan hati mak, dengan menghantar saya belajar di tempat yang dekat dengan rumah. At least seminggu sekali, mak dan ayah boleh datang melawat saya, melepaskan kerinduan mereka. Dan saya pun kalau terasa nak balik merasa masakan mak, senang saja. Cuma 45 minit.

Di sini juga, banyak kelemahan dan kelalaian yang dapat saya baiki. Mungkin Allah nak suruh saya reflect balik, ada something wrong dengan hidup saya selama ini. Di sini, Allah mahu saya cari di mana kesalahan2 itu, dan tinggalkannya. Alhamdulillah, rupanya memang banyak yang salah, yang tidak saya sedari time di KTT dulu.

Dan yang paling penting sekali, mungkin ada suatu proses dakwah yang perlu saya lakukan di sini. Mungkin Allah mahu saya belajar sumthing. Mungkin Allah mahu saya lakukan sumthing, dan mungkin juga Allah mahu saya perbaiki sumthing yang tak kena pada jalan dakwah ini. Semuanya dalam perancangan Allah.

Di sini, saya sentiasa sabar, dan cuba bersabar dengan lebih hebat lagi, kerana saya yakin dengan ayat cinta Allah:

“apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata lagi yang manakah orang-orang yang sabar.” (3:142)

Doakan semoga Allah terus-menerus mengurniakan kekuatan jasmani dan rohani supaya saya terus tabah, cekal dan thabat di atas jalan ini.

Saya yakin dengan ketentuan Allah dalam mengatur corak hidup saya.

Anda pula, bagaimana? (^_^)

23 Februari 2012. AIMST University.

2 ulasan:

  1. Salam ,
    enta memang seorang yang bersikap optimistic dalam kehidupan ,
    teruskan langkah murni enta ,
    walaupun kecil langkahan itu ,
    setidak tidaknya ia mampu membuat enta bergerak ke hadapan ,
    semoga dipermudahkan jalan hidup enta ,
    menghadamkan nilai Islamiah dalam kalangan rakan dengan banyak bersabar ,
    sentiasa bersama Allah , insaAllah tak akan ada jarum halus syaitan yang menerjah ,
    lastly , goodluck ! Ana bangga dengan enta ! Pandang ke hadapan ,
    simpan (ambil iktibar) yang keruh , ambil (praktikkan) yang jernih .

    BalasPadam
  2. akma yg hensem bgaya...

    sungguh,anta sgt kuat..teruskan melangkah!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...