Pages

Isnin, Februari 20, 2012

Saya Masih, dan Akan Terus Bernafas. Kerana Allah, Demi Tarbiyah

[kredit]

kata Hamka,

“yang ada ini sudah harapan kita. Tapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.”

Yang lepas, biarkan lepas. Kerana yang ada di hadapan lebih perlu untuk difikirkan.

Tidak lojik dan tidak kena dengan aturan alam, jika dikatakan segala keperitan yang dilalui dalam hidup ini semuanya tiada hikmah dan sia-sia, kerana alam dan seluruh isinya termasuk manusia, ditadbir dan dikawal Allah, dan akan sentiasa diperhatikan ke mana hala tujunya.

Jika jalan yang dituju itu terbaik untuk dirinya, maka go on, Allah akan permudahkan.

Namun jika yang dituju itu bukan yang terbaik, walaupun ianya nampak sempurna pada pandangan manusia, hakikatnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Kata akak Fatin Izzati,

“disembunyikan sesuatu nikmat untuk diberi nikmat yang terbaik”

Maka insan, jangan mudah lupa. Dunia bukan segala-galanya. Namun tidak salah jika ingin mengejar dunia, kerana ingin berguna kepada ummah dan manusia.

Allah lebih mengetahui setakat mana kekuatan kita. Setakat mana iman kita. Setakat mana kita mampu untuk menerima ujian yang berat-berat dan hebat-hebat. Nah, ujian-ujian ini hakikatnya tidaklah seberat mana, kerana ramai lagi insan yang derita di luar sana.

Maka insan, percayalah!

Derita yang kau alami tidak akan pernah sia-sia. Pasti ada sesuatu yang haq dan benar yang mahu Allah tunjukkan. Cari, hayati, dan korek ibrah darinya, kerana sekali Allah menduga, bukan bermakna Allah tidak suka, tetapi ingin menguji cinta hamba-Nya.

Wallahua’lam.

p/s: currently in AIMST University. Student in Foundation In Science. Thanks Allah, aku rasa aku dah tau kat mana silapnya. Sekarang cintaku hanya untukMu.

20 Februari 2012. AIMST University

2 ulasan:

  1. subhanallah...teruskan perjuangan..yang pahit mmg akn cuba untuk kita hindari sedaya mungkin..tp aturan Allah itu memaksudkan yang pahit itu mungkin ubat bagi penyakit..dakwah dan tarbiyah di malaysia lebih memerlukan syabab seperti enta..teruskan berjuang!cinta Allah xkn mengecewakan~

    BalasPadam
  2. Mulakan hidup baru dengan hati yang bersih dan suci . Ana doakan enta dipermudahkan urusan dari Allah , bakal doc !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...