Pages

Sabtu, Januari 14, 2012

Pabila Hati Gelisah Mahu Berusrah. Usrah Online? Pun Bole...

Bismillah.

Sudah hampir sebulan setengah hati saya gersang.

“hatiku gelisah mahu berusrah,” bak kata akhi Ashman :D

Sudah menjadi fitrah, hati ini paling kurang seminggu sekali, akan dikurniakan Allah nikmat yang cukup besar, yang hanya diberikan kepada hambaNya yang benar-benar terpilih.

Hati ini akan diikat bersama hati-hati yang lain,

Berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaNya.

Bertemu untuk taat kepadaNya,

Bersatu di atas jalanNya,

Dan berjanji setia untuk membela syariatNya.

Hati-hati ini akan sentiasa meminta,

Supaya diperkuatkan ikatan pertaliannya.

Diabadikan kasih sayang,

Ditunjukkan jalan,

Dan dipenuhi dengan cahayaNya yang tak kunjung malap.

Hati-hati ini juga tidak pernah jemu meminta,

Supaya dilapangkan dada ini dgn limpahan iman,

Dan keindahan tawakkal kepadaNya.

Supaya dihidupkan dengan ma’rifatNya,

Juga dimatikan dalam keadaan syahid di jalanNya...

Ameen ya Rabbal ’Alameen.

Oh aku sangat merindui saat keemasan seminggu sekali itu. Bulatan gembira yang benar-benar nostalgik. Sekarang ni nak je rasanya naik bas, pegi rumah murobbiku dan berkampung di sana. Boleh la jumpa muka tiap-tiap hari.

Time cuti memang la ada usrah online, tapi sangat banyak dugaannya. 3 kali usrah saya terpaksa skip kerana ketiadaan internet di rumah. Kat Pendang pulak, mana ada jual broadband.

Minggu keempat, barulah berhasil saya memberi broadband setelah mendapat lesen L dan mencilok motor ayah lantas memecut ke Kota Sarang Semut. Pagi tu beli, petang tu jugak dapat saya berusrah online buat kali pertama.

Skype pulak, haiyooo... cakap x berapa nak jelas, connection terputus-putus, muka pun x nampak. Oh... baru sekarang sedar, betapa berharganya bila dapat duduk berusrah bersama, bersua muka face-to-face. Tapi, nak buat camne kan? Usrah online? Pun bole... :D

Jeles tengok ikhwah-ikhwah MICET, KMS dan KMB yang takde cuti. Kalau ade pun, kejap je. Takde la can nak hanyut digoda kefuturan kat rumah ni. Antum semua patut bersyukur, tahu?

Terasa sangat saya ketinggalan dengan antum semua. Mukhayyam kat Tanjung Tuan tu, tak dapat nak join.(jeles tengok gambo2 tu. Huh.) Daurah adik-adik pulak, tak dapat nak tolong organise sekali. Aasif, mintak maaf banyak-banyak. Saya doakan segala-galanya berjalan lancar, seperti yang antum semua rancang. inshaAllah. :D

Buat Na’im, Ammar, Azam, Kaya, Syahmi, Afiq Khalid, Ajis, Hanafi, Fahmi, Bad, Hisham, Nidzar, Izzat, Wan Afiq, Awang, Muiz, Hammad, Kamal, Arif, Ashman, Mubarak dan ikhwah-ikhwah yang lain,(sori kalau xde nama. Ni je yang ana ingat time tangah tulis ni. Hehe. XD) jazakumullahukhairankathiran.

Andalah yang terbaik! Tengah seronok berusrah tu, ingat sekali orang yang terpaksa berusrah online ni. Doakan next daurah, ana dan Hasif, kita semua dapat sama-sama berkumpul, menghangatkan ukhuwwah, dan merancakkan lagi dakwah dan tarbiyyah. inshaAllah.

Hidup Baitunnur!!! Eh. XD

Ukhuwah Teras Kegemilangan. :D

14 Januari 2012. Pendang.


4 ulasan:

  1. subhanallah~! catatan rindu sungguh mendayu2 lagi mengharukan dari ikhwah terchenta akma aridi. semoga terus tsabat dan tabah akhi! kami di sini sentiasa merindui gelak ketawa kamu itu. eh.

    BalasPadam
  2. salam,
    betul, hati ni banyak sangat dah kosong,
    sayunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! rindu usrah. :(

    BalasPadam
  3. woooo, name sayer tade..sob22

    *ecece, padahal kat hujung2 tu siap ada motto ana ag tuh..
    =p

    BalasPadam
  4. wohoi gedik! saya juga merindui kamu! sob2. -fahmi da super osemness

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...